Ibu bapa adalah orang yang paling berjasa kepada anak-anaknya. Bermula daripada kesusahan ibunya mengandung selama 9 bulan 9 hari. Kesusahan melahirkan anak-anak dan menyusukan dan membesarkan mereka.
kedudukan atau darjat ibu bapa di sisi Allah sangat mulia dan tinggi sekali, sehingga menjadi sebagai ukuran penentu bagi keredaan dan kemurkaan Allah.
sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: "Keredhaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah pula terletak pada kemurkaan ibu bapanya." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Hakim).
dalam hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Hakim bahwa seorang sahabat bertanya Nabi SAW mengenai apakah jasa yang boleh dilakukan oleh anak kepada kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia.??
“Ya Rasul Allah, masih dapatkah saya berbuat baik terhadap ibu bapa saya meskipun mereka telah meninggal dunia. Semasa mereka masih hidup saya telah berbuat baik terhadap mereka mengikut apa yang terdaya oleh saya. Saya sentiasa berfikir apakah yang boleh saya lakukan setelah keduanya meninggal dunia.”
Rasulullah SAW menjawab yang bermaksud :
“Ya…dapat, solatkanlah untuk kedua ibu bapa kamu, mohon keampunan untuk keduanya, laksanakanlah wasiatnya dan eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang kedua ibu bapa kamu lakukan serta muliakanlah teman kedua ibu bapa kamu.”
“Apabila meninggal dunia seorang anak Adam maka putuslah segala amalannya kecuali tiga iaitu :
1. Sedekah yang di tinggalkan semasa hidup.
2. Ilmu bermanfaat yang disebarkan serta diamalkan dan
3. Anak yang soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya.”
(Hadis Riwayat Luqman Hakim)
amalan yang boleh dilakukan oleh seorang anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia :
1. Solatkan untuk mereka.
2. Mohon keampunan untuk mereka.
3. Laksanakan wasiat yang mereka tinggalkan.
4. Eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang mereka lakukan
5. Muliakanlah teman-teman mereka.
6. Doakan kepada mereka. (Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT untuk kedua ibu bapa supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa mereka)
Selain daripada perkara-perkara diatas seorang anak yang soleh atau solehah bole melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.
1. Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah niatkan untuk mereka.
2. Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.
"Abu al-Lajlaj Abu Khalid (seorang sahabat) mendengar Nabi SAW menggalakkan para sahabat membaca ayat suci al-Quran di bahagian kepala dan kaki si mati di atas kubur. Lalu mewasiatkan amalan tersebut kepada anaknya supaya berbuat demikian.
Abd Rahman bin al-A’la bin Lajlaj daripada bapanya, katanya : berkata Abu al-Lajlaj Abu Khalid : “Wahai anakku, apabila aku meninggal dunia kebumikanlah aku. Apabila kamu meletakkan jasadku di liang lahad, bacalah: “Dengan nama Allah dan atas agama Rasulullah SAW, Kemudian curahkanlah tanah dengan cermat ke atasku. Kemudian bacalah disisi kepalaku permulaan surah al-Baqarah dan penutupnya, karena aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda sedemikian.” (al-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 1982, Maktabah al-Ulum Wal Hikam, hlm 220 juz 19) "
3. Selesaikan semua hutang-hutang mereka , baik hutang sesama manusia atau hutang dengan Allah SWT. Jika hutang sesama manusia tidak diselesaikan roh mereka akan tergantung di antara langit dan bumi. Hutang dengan Allah SWT adalah nazarnya (jika ada). fidyah karena meninggalkan puasa. Jika ibu bapa mempunyai hutang dengan bank seperti rumah, kereta dan lain-lain pinjaman tersebut melalui cara riba maka tukarkanlah pinjaman tersebut kepada cara muamalah Islam dan tukar hak milik kepada anak-anak, karena berat dosanya yang ditanggung oleh ibu bapa di alam barzakh.
4. Jika ibu bapa belum menunaikan haji maka kita boleh menghadiahkan pahala haji untuk mereka (niatkan pahala haji untuk mereka).
5. Semua anak-anak yang masih hidup apabila mereka tidak mengamalkan cara hidup Islam dengan melakukan maksiat dan dosa, anak perempuan tidak menutup aurat, bertengkar dengan sesama adik beradik karena harta pusaka semua tindakkan ini menyusahkan dan membebankan ibu bapa kita yang berada dialam barzakh.
anak-anak yang hendak membantu ibu bapa bahagia di alam sana , hendaknya mereka banyak beramal soleh, beramal ibadah dan beramal kebaikan karena semua pahala yang kalian buat akan menjadi saham yang besar kepada ibu bapa kalian yang sedang menderita di alam barzakh.
Amalkanlah ilmu yang diajarkan oleh kedua ibu bapa kalian maka mereka akan mendapat pahala ilmu yang bermanfaat. Banyakkan sedekah jariah dan niatkan untuk ibu bapa maka ibu bapa kalian akan mendapat pahala sedekah jariah.
*islamic motivation*
No comments:
Post a Comment